Thursday, February 10, 2011

Mitos diet

Mitos 1 : Jangan Makan Kalau Nak Kurangkan Berat

Realiti : Benar, tapi ada tapinya. Tidak makan bermakna kurang kalori. Kurang kalori boleh menurunkan berat badan. Tetapi, ia akan menurunkan paras metabolisma dan tenaga dalam tubuh, menyebabkan otot tidak berkembang. Ia akan memberi masalah kepada kesihatan anda. Uruskan atau seimbangkan kalori mengikut 'bajet' anda.


Mitos 2 : Bila Semakin Tua, Otot Bertukar Menjadi Lemak

Realiti : Otot dan lemak adalah dua jenis tisu badan yang berbeza. Otot tidak boleh bertukar menjadi lemak. Begitu juga sebaliknya. Mitos ini sering dikaitkan dengan ahli sukan yang menjadi gemuk apabila sudah bersara. Mereka gemuk bukan sebab usia, tetapi tidak berlatih seperti waktu aktif. Ada juga yang tidak mengawal makanan mereka.

Kurang bersenam akan mengecutkan otot – malahan mengurangkan kadar bakaran tenaga dalam tubuh. Ditambah pula tiada latihan, tiada pembakaran kalori. Mereka akan menjadi gemuk. Tetapi, ini tidak bermakna otot anda bertukar menjadi lemak. Ini isu lain. Tidak semestinya anda akan gemuk apabila berhenti berlatih. Anda cuma perlu kurangkan penggunaan kalori. (Apa yang paling baik ialah amalkan makanan seimbang dan bersenam.)


Mitos 3 : Saya Hanya Perlukan Aerobik Sahaja

Realiti : Jika anda gabungkan latihan berat dengan aerobik atau kardio, kesan kehilangan lemak menjadi tiga kali ganda daripada senaman aerobik semata-mata.

Aerobik sangat baik untuk ketahanan kardiovaskular, tetapi ia mengurangkan kepaduan otot dan kepadatan rangka tulang sebelah atas tubuh. Otot menggunakan bahan bakar yang disimpan dalam otot. 1 kg otot menggunakan bahan bakar sama seperti kita berlari 1 km setiap hari. Selepas berumur 35 tahun, mereka yang tidak aktif akan hilang 250 g otot setahun dan menambah 700 g lemak. Latihan berat akan melambatkan proses penuaan.


Mitos 4 : Semua Lemak Memudaratkan

Realiti : Ya lah. Apabila banyak lemak boleh membawa kepada obesiti dan mengundang banyak penyakit. Tetapi, tubuh juga memerlukan lemak. Ia melambatkan proses penuaan dan menangani masalah kelaparan dalam jangka masa yang lama berbanding dengan karbohidrat. Apa yang penting ialah anda harus kenal lemak 'baik' dan lemak 'jahat'. Anda harus faham bahawa lemak juga satu makronutrien penting (sejumlah 15% lemak diperlukan dalam pengambilan kalori harian anda).


Mitos 5 : Untuk membina tubuh langsing, perlu berlatih beberapa jam sehari

Realiti : Jangka masa latihan sebenar sepatutnya tidak melebihi sejam. Walaupun perlu bersosial, ada baiknya jangan buang masa berbual waktu di gim atau minum di lounge. Untuk senaman, yang penting adalah kualiti senaman dan bukannya kuantiti.

Jenis Gemuk


Ada 3 Jenis GEMUK... Jom kita tengok....


GEMUK AIR

•Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.

•Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.


GEMUK ANGIN

• Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.

• Mudah mendapat sakit kepala.


GEMUK LEMAK

• Badan berasa berat dan pejal.

• Mudah penat apabila melakukan tugas harian.

• Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

• Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan



BAGAIMANA NAK KENAL GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN

  • Picit bahagian lengan tangan,korang akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.


BAGAIMANA NAK KENAL GEMUK LEMAK?

  • Picit bahagian lengan tangan,korang akan merasa pejal dan padat.

Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.



NAK ATASI GEMUK AIR?

  • Kurangkan gula
  • Kurangkan garam
  • Banyakkan air kosong
  • Banyakkan buah-buahan

NAK ATASI GEMUK LEMAK?

  • Rajin-rajin la wat aktiviti kardio...
  • Joging..Jalan dan rajin2 la buat kerja rumah... hehhehee


Thursday, December 30, 2010

7 Haven

7 HAVEN



2 botol rm248 (Semenanjung Malaysia)

Hubungi NORT...012-4974532.....


Ciri-ciri

· Mengandungi 7 bahan dari herba dan sumber makanan berserat yang terulung diadun secara istimewa agar anda dapat menikmati khasiat yang seimbang.

· Habbatus Sauda/Nigella Sativa – makanan tambahan dan tonik kesihatan terulung untuk memperbaiki fungsi buah pinggang dan hati serta mengatasi masalah pada usus, pernafasan dan peredaran darah.

· Spirullina – antioksidan yang mudah dihadam. Ia memberi khasiat yang diperlukan oleh individu aktif. Mereka yang menjaga badan dan sensitif terhadap jenis makanan tertentu. Ia menambahkan daya tahan, tahap tenaga, fungsi system saraf dan arteri, keseimbangan hormon serta mengekalkan sel-sel darah merah dan membersih tubuh.

· Ginseng – herba adaptogenik dengan kuasa memulih yang menyeluruh ini meningkatkan system peredaran, kecergasan, daya tahan tubuh dan keupayaan anda menangani stress. Ia juga membantu masalah berkaitan pencernaan, jantung dan saluran kencing.

· Wheatgrass (gandum) – kandungan klorofil dalam gandum bertindak sebagai magnet dalam mengeluarkan toksin dari dalam badan. Gandum juga mengandungi vitamin-vitamin (A,C,B kompleks, E dan K) 82 dari 92 mineral dalam tanah (termasuk kalsium, magnesium, besi, zink, kalium, fosforus dan kobalt) dan juga pelbagai asid amino (digunakan untuk membina protein). Kandungan enzim yang tinggi yang terkandung dalam jus gandum membantu tubuh memetabolismakan zat-zat dan membantu dalam pembaikan dan pertumbuhan semula sel-sel dan tisu.

· Ganoderma Lucidum (ling Zhi) – dikenali sebagai penambah jangkahayat, menambahkan keremajaan dan tenaga. Ia memberikan pengaliran darah yang lebih baik, memberi kesan positif kepada penghidap insomnia, mengembalikan tubuh kepada keadaan asal dan membolehkan semua organ berfungsi secara normal.

· Neem – setiap bahagian dari pokok neem (berasal dari India) adalah berguna, mempunyai kegunaan dari segi perubatan, kosmetik dan penyekat haiwan perosak. Dari segi perubatan, ia berguna mengawal kencing manis selain dari bertindak sebagai anti fungus, antiseptik dan agen anti keradangan. Ia juga berguna dalam mengawal eczema, kurap dan jerawat.

· Brewer Yeast – Sumber vitamin B-komplek termasuk B1, B2, B3, B5, B6, B9 H yang membantu memecahkan karbohidrat, lemak dan protein yang kemudiannya akan membekal tenaga kepada badan. Vitamin-vitamin ini juga menyokong system deria. Membantu mengekalkan otot-otot yang digunakan untuk penghadaman dan mengekalkan kesihatan kulit, rambut, mulut dan hati yang lebih baik.


Kebaikan 7Haven capsules


· Meningkatkan tahap tenaga

· Mempertingkatkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan

· Mempertingkatkan kecergasan dan keupayaan menangani tekanan.

· Membantu mengatasi masalah berkaitan dengan penghadaman dan sembelit, melegakan masalah pundi kencing dan cirit-birit.

· Memberi gentian larut yang mengenyangkan dan oleh itu mengelakan dari makan berlebihan.

· Memberi makanan seimbang dengan asid amino, garam galian dan vitamin yang diperlukan untuk perkembangan otot disamping menguruskan badan.

· Menambahkan probiotik (laktobasilus) dalam badan untuk penghadaman yang lebih baik.


Cara pengambilan yang di syorkan

· 3 capsules, 3 kali sehari sebelum makan (atau boleh diselang dengan RxLite)


 
Copyright © 2010 NORT ON9 SHOPPE | Design : Noyod.Com